Hayyat Qurban | Perkhidmatan Qurban dan Akikah Terbaik di Malaysia
about

Qurban dan Akikah bersama Hayyat Qurban.

Ibadah qurban adalah salah satu amalan penting dalam Islam yang mempunyai banyak hikmah dan kelebihan.

Daftar
Qurban

Daftar
Akikah

Qurban juga dilihat sebagai cara untuk menyucikan diri dan harta. Dengan berqurban, kita membersihkan diri dari sifat bakhil dan tamak. Ia juga mengingatkan kita bahawa harta yang kita miliki adalah sementara dan perlu digunakan untuk kebaikan.

Hayyat

PROSES YANG MUDAH

Anda hanya perlu Kurang 3 Minit untuk Daftar

Daftar &
Akad

Isi borang dengan lengkap beserta akad.

Proses
Pelaksanaan

Qurban atau Akikah anda akan dilaksanakan.

Laporan
Pelaksanaan

Terima notifikasi emel setelah selesai pelaksanaan.

Kenapa Pilih Qurban Luar Negara?

✓ Lebih Murah & Berbaloi - Harga lebih rendah, lebih ramai penerima manfaat
✓ Sasaran Komuniti Miskin - Disalurkan ke kawasan yang benar-benar memerlukan
✓ Dilaksanakan Oleh Pasukan Berpengalaman - Patuh Syariah & Telus

Hayyat

SERVIS HAYYAT QURBAN

Pilih Perkhidmatan Kami

*

Qurban

Luaskan manfaat ibadah qurban anda kepada saudara kita yang memerlukan.

Harga dari RM359.00

* * * * *

*

Akikah

Sempurnakan tuntutan akikah anak anda. Sijil pelaksanaan akan terus dihantar ke alamat email anda.

Harga dari RM499.00

*

Hayyat

SOALAN LAZIM

Apakah maksud ibadah Qurban?

Ibadah Qurban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah) sebagai tanda ketaatan kepada Allah.

Siapakah yang wajib melakukan Qurban?

Qurban hukumnya sunat muakkad (sangat digalakkan) bagi setiap Muslim yang berkemampuan. Ia menjadi wajib jika seseorang bernazar untuk melakukannya.

Bagaimana niat untuk laksanakan ibadah Qurban?

Tiada lafaz khusus bagi niat qurban dan dibolehkan sekadar disebut di dalam hati.
Contoh: “Sahaja aku melakukan qurban, kerana Allah Ta’ala.”
Tetapi perlu berhati-hati jika ia adalah qurban nazar.

Bagaimana mana akad berqurban di luar negara?

Melalui aqad al-wakalah (aqad mewakilkan orang lain), sewaktu menyerahkan wang untuk membeli binatang qurban.
Tiada lafaz wakalah yang khusus. Cukup sekadar berlakunya perbualan, yang menunjukkan kedua-dua pihak bersetuju dengan penuh kerelaan dan keredaan.

Contoh lafaz aqad al-wakalah: “Saya Ali bin Abu mewakilkan pihak tuan/puan untuk menguruskan qurban saya pada tahun ini kerana Allah Ta‘ala”.

Apakah haiwan yang boleh diqurbankan?

Haiwan yang boleh diqurbankan ialah unta, lembu, kerbau, kambing, atau biri-biri yang memenuhi syarat umur dan kesihatan.

Berapa umur minimum haiwan untuk Qurban?

Kambing/biri-biri: 1 tahun ke atas
Lembu/kerbau: 2 tahun ke atas
Unta: 5 tahun ke atas

Bolehkah Qurban dilakukan atas nama orang lain?

Ya, seseorang boleh melakukan Qurban bagi pihak orang lain dengan izinnya, seperti untuk ibu bapa atau ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Bolehkah akikah digantikan dengan Qurban?

Tidak boleh. Akikah dan Qurban adalah dua ibadah berbeza dengan tujuan masing-masing.

Siapakah yang bertanggungjawab melakukan akikah untuk anak?

Bapa atau penjaga yang bertanggungjawab terhadap nafkah anak.

Bolehkah akikah dilakukan untuk diri sendiri jika ibu bapa tidak sempat melakukannya?

Ya, seseorang boleh melakukan akikah untuk dirinya sendiri jika ibu bapa belum melakukannya ketika kecil.

Bolehkah akikah dilakukan sebelum anak lahir?

Tidak boleh, kerana akikah hanya sah dilakukan setelah bayi dilahirkan.

Apa yang perlu dilakukan dengan daging akikah?

Daging akikah boleh dimasak dan diedarkan kepada orang ramai, termasuk keluarga, jiran, fakir miskin, dan sesiapa sahaja.